TABUNG ISA Kepada
yang berkenaan, Assalamu`alaykum
wa rahmatuLlahi wa barakatuh / salam sejahtera Dimaklumkan
bahawa Parti Keadilan Nasional [keADILan] telah menubuhkan sebuah
tabung yang dinamakan Tabung ISA dengan membuka akaun khas
di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tabung ini ditubuhkan khusus untuk menampung
perbelanjaan urusan guaman para tahanan ISA dan juga membantu kebajikan
ahli-ahli keluarga mereka. Penanggungjawab
kepada tabung ini ialah Bendahari Agung Parti – Sdr. Abdul Rahman
Othman, Puan Irene Fernandez dan Dr. Xavier Jayakumar
(Ahli MPT) serta Sdr. Hamidzun Khairuddin – Ahli Exco Pemuda
yang juga seorang daripada peguam-peguam yang terbabit. Sehubungan dengan itu, semua kutipan derma dan sumbangan untuk mangsa ISA ini hendaklah disalurkan kepada akaun berkenaan: Parti Keadilan Nasional – Tabung ISA
BIMB 12113010009151
atau,
kepada Ibu Pejabat Parti atau penama-penama
berkenaan atau bagi peringkat Negeri pula sebarang kutipan bolehlah
disalurkan menerusi Setiausaha Perhubungan Negeri atau Bendahari Perhubungan
Negeri.
Sekian.
Terima kasih. MOHD ANUAR TAHIR Setiausaha Agung
|